Sunday, November 6, 2011

Apresiasi Seni.

Kefahaman saya terhadap bidang seni selepas membuat ulang kaji pada subjek Pendidikan Seni Visual,

APRESIASI SENI
Menurut John A. Micheal,
terdapat dua pendekatan apresiasi seni iaitu,
-pendekatan secara logik
-pendekatan secara psikologi

Pendekatan secara logik
-bermaksud penerangan terhadap sesuatu karya seni yang berasaskan kefahaman intelek
-berfaktakan dengan andaian dan munasabah dalam sesuatu karya.
terdapat empat proses dalam pendekatan secara logik dalam apresiasi seni iaitu,
 -Penerangan
 -Pemerhatian
 -Perbandingan
 -Penghasilan

Manakala bagi pendekatan secara psikologi pula,
-memberikan penerangan berdasarkan emosi, perasaan dalam terhadap sesuatu karya seni visual
-pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam.
cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi
 - proses inkuiri
 - secara perbincangan dan perbandingan
 - lawatan/pameran
 - koleksi buku-buku scrap dan lakaran
 - mengkritik hasil karya seni
dsb....


KAEDAH MELIHAT SENI


(HK ONE)
H - Hedonistik
K - Kontektualistik

O - Organistik
N - Normistik'
E - Elektik

Hedonistik - spontan, menyatakan perasaan dan pandangan yang sebenar
Kontektualistik - menyatakan pandangan secara formalistik , mempunyai sokongan fakta atau tokoh dan sebagainya.

Organistik - pandangan yang lebih kepada tata letak, tata susun dan penataan cahaya dalam sesebuah karya seni.
Normistik - pandangan lebih kepada masyarakat, budaya dan agama. Seni sepatutnya tidak melepasi batas keagamaan seperti seni moden pada masa ini.
Elektif - memberikan pandangan secara rawak tidak menjurus kepada kronologi dan wajarannya baik , senderhana baik dan kurang baik.

PROSES APRESIASI SENI

Menurut Felman dan Smith (1967) apresiasi seni berdasarkan empat proses iaitu,
-Menggambar
-Menganalisa
-Taksiran
-Penilaian

*jika ada kesilapan terdapat nota-nota di atas, saya memohon kemaafan kerana saya tidak berniat untuk mengsongsangkan ilmu-ilmu diatas. Ini cuma nota-nota kefahaman selepas membuat ulangkaji terhadap subjek pendidikan seni visual. Sekian, terima kasih.

No comments: